Dewan Rakyat: Fahami Sistem Pemisahan Kuasa - Semasa | mStar

Dewan Rakyat: Fahami Sistem Pemisahan Kuasa

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah semua pihak memahami sistem pemisahan kuasa di antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman yang diamalkan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Baginda bertitah, ketiga-tiga sistem tersebut telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

"Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kita sentiasa berpegang kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Beta menyeru agar semua pihak faham bahawa sistem pemisah kuasa di antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang," titah baginda ketika perasmian Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Justeru itu baginda bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah dipatuhi dan tidak dipersoalkan manakala agama-agama lain bebas diamalkan.

Seri Paduka bertitah, perbezaan pandangan dalam isu-isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa dan tidak wajar dipolemikkan.

"Konsep kebebasan bersuara juga hendaklah diamalkan dengan bertanggungjawab dan tidak menimbulkan sebarang ketegangan dalam kalangan rakyat,” titah  baginda.

Sementara itu, baginda bertitah agar segelintir pihak yang cuba menggugat perpaduan dengan menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat termasuk di media sosial supaya menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit," katanya

Dewan rakyat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain