suria

89 GRO Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 89 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di empat buah pusat hiburan di Jalan Klang Lama pada Ahad malam.

Turut ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ialah tiga lelaki yang dipercayai bertindak sebagai bapa ayam.

Supritendan Razali Abu Samah yang mengetuai operasi berkenaan berkata, tiga daripada pusat hiburan itu beroperasi secara haram.

Kesemua wanita yang ditahan berasal dari Laos, Thailand dan Vietnam berusia antara 22 hingga 40 tahun itu tidak memiliki permit kerja.

Mereka dipercayai turut menawarkan khidmat seks yang dilakukan di hotel bajet berdekatan.

Sejumlah wang tunai, perlatan audio dan buku log turut dirampas.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.

D7, PDRM, GRO

Artikel Lain