suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamrose Mohd Zain Dilantik Panglima 3 Divisyen

Zamrose Mohd Zain

MELAKA: Mejar Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima 3 Divisyen berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mukhsin Sheikh Hassan.

Zamrose sebelum ini merupakan Ketua Staf Am, Markas Medan Tentera Darat menggantikan Sheikh Mukhsin yang akan bertugas sebagai Ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanou, Filipina.

Terdahulu, upacara serah tugas bagi jawatan itu yang dilakukan antara Zamrose dan Sheikh Mukhsin disaksikan Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Markas 3 Divisyen di sini, Isnin.

Dalam ucapannya, Sheikh Mukhsin percaya kebolehan dan pengalaman Zamrose akan membawa 3 Divisyen ke tahap tertinggi seterusnya memenuhi aspirasi yang dimahukan Tentera Darat.

Zamrose ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 24 Jan 1981 dan antara jawatan penting yang disandangnya ialah Pegawai Memerintah 1 RAMD, Komandan Kolej Tentera Darat dan Panglima Briged ke-4 Mekanisme.

Artikel Lain