suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Beranak Maut Selepas Motosikal Bertembung Pikap Di Kota Marudu

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap di Jalan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, mangsa Jafry Maun, 27, rentung sementara isteri Lily Marni Gilong, 24, dan anak Freedy Jafry, 2 tahun, maut di tempat kejadian.

Mohd Isa berkata, dalam kejadian 8.20 malam itu, kenderaan jenis pikap tersebut dari arah Kudat menghala ke Kota Marudu, dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal berkenaan.

Pemandu yang berusia 47 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun, ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Di KUDAT, seorang pemandu lelaki maut dan tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 30.3 Jalan Kudat-Kota Kinabalu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Dawi Ossen berkata kejadian 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kenderaan dari arah Kudat masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua kenderaan lain yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Mangsa Musa Bakat, 52, maut di tempat kejadian sementara mangsa yang cedera parah ialah Fatimah Mani, 44, Musadun Tomlok, 24, dan Ruziah Tomlok 29 tahun, manakala dua lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, kata Dawi.

Artikel Lain