suria

Palanivel Yakin Pertahan Kerusi Presiden Pada Pemilihan Semula MIC

G. Palanivel.
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yakin dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya kerana beliau sudah memperoleh sokongan yang cukup sebelum pemilihan semula parti diadakan. 

Bercakap pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-66 pada Ahad, Palanivel berkata beliau sudah mempunyai sokongan lebih daripada 3,000 cawangan. 


"Saya akan berbincang dengan kepimpinan tertinggi sebelum memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk mengadakan pemilihan semula parti. 

"Pada ketika ini saya akan mengadakan siri jelajah ke setiap negeri untuk bertemu dengan pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan untuk memberikan penjelasan mengenai keadaan parti yang sebenar," katanya. 

Palanivel berkata beliau akan tetap akan mengadakan pertemuan dengan 'seorang lagi pemimpin' sebelum memutuskan bila tarikh pemilihan semula akan diadakan. 

Artikel Lain