suria

Terengganu Bakal Laksana Kod Etika Berpakaian Untuk Pelancong

Gambar fail Pulau Rendang, yang merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Terengganu.
PETALING JAYA: Pelancong yang ingin melawat Terengganu harus mematuhi kod etika berpakaian seperti yang dirangka oleh kerajaan negeri. 

Menurut laman portal berita Teganukita, surat pekeliling yang menyatakan garis panduan berpakaian yang akan diedarkan kepada semua agensi pelancongan di Malaysia dan ibu pejabat pelancongan di Malaysia termasuk negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand. 

Laman web kerajaan negeri itu turut menyatakan garis panduan yang dikhaskan kepada pelancong terutamanya pelancong wanita. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata beliau pasti peraturan baharu itu, adalah selaras dengan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2001, tidak akan menghalang pelancong daripada melawat negeri itu. 

Bagaimanapun, Jidin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Permaisuri menjelaskan peraturan tersebut akan hanyat berkuat kuasa sebaik sahaja pekeliling mengenainya diedarkan. 

"Sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan di tempat awam, hingga menimbulkan keghairahan, sepucuk surat dengan garis panduan akan dikeluarkan," katanya dipetik sebagai berkata. 

Mohd Jidin menjelaskan mesyuarat dengan Jabatan Agama Islam Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk menyediakan garis panduan,  perincian kod etika pakaian yang boleh diterima. 

Beliau menjelaskan sejak kod etika berkenaan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dua minggu lalu, pelancong asing dan tempatan telah mula menerima peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. 

Menurut sumber, peraturan tersebut tidak mewajibkan wanita dan lelaki mengikut 100 peratus kod berpakaian Islam. Bagaimanapun, pelancong asing dan tempatan harus berpakaian sopan. 

Mereka yang gagal berbuat demikian, akan dipanggil mengikuti sesi kaunseling. Bagi kes pesalah di bawah umur, ibu akan turut dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling, kata sumber itu lagi. 

Difahamkan satu mesyuarat akan diadakan pada Isnin untuk memberikan penjelasan mengenai garis panduan kod etika berpakaian tersebut.

Artikel Lain