suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Pekerja Indonesia Cedera Dalam Kemalangan Bas

Lapan penumpang cedera bila sebuah bas yang membawa 48 pekerja warga Indonesia dari Tebedu ke Miri, hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan di Selepong Berayun, 28 kilometer dari Bandar Sri Aman, hari ini. Bas yang bertolak dari Pos Imigresen Tebedu pada jam 11 pagi itu terbabas di selekoh Selepong, Jalan Sri Aman-Sibu pada pukul 1.15 petang. Pemandu dan seorang penumpang Toyota Hilux mengalami cedera ringan, manakala pemandu bas tidak cedera. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Lapan penumpang cedera bila sebuah bas yang membawa 48 pekerja warga Indonesia dari Tebedu ke Miri hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan di Selepong Berayun, 28 kilometer dari bandar Sri Aman pada Ahad.  

Bas berkenaan bertolak dari Pos Imigresen Tebedu pada jam 11 pagi Ahad dan kemalangan berlaku di sekeloh Selepong, Jalan Sri Aman-Sibu jam 1.15 petang. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman Ranger Moss, bas terbabit dipercayai terbabas apabila cuba mengelak sebuah Toyota Hilux di hadapannya di laluan yang sama yang tiba-tiba hilang kawalan dan terlebih dahulu terbabas. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan berlaku antara bas dan Toyota Hilux berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama. 

“Tujuh penumpang bas warga Indonesia cedera ringan dan seorang lagi yang patah tangannya dikenali sebagai Syaiful Anuar, 30, dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan,” katanya. 

Beliau berkata pemandu dan seorang penumpang Toyota Hilux hanya cedera ringan, manakala pemandu bas tidak cedera.

Artikel Lain