suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Lelaki Berjudi Mirip Adun DAP Viral Di Media Sosial

Salah satu gambar yang kini tersebar di media sosial.
KUALA LUMPUR: Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina, tersebar menjadi viral di media sosial.

Gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.

Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu.

Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Adun terebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.

Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu.


Artikel Lain