suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Maut, Isteri Parah Kereta Bertembung Dengan Pikap

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah pikap di Kilometer 28 Jalan Papar-Beaufort pada Sabtu.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Chong Tseng Kong, 59, manakala isterinya Chong Mui Ken, 56, patah tulang rusuk kanan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Geaorge Abd Rakman ketika dihubungi berkata semasa kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa dan isterinya dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Beaufort.

Apabila tiba di lokasi kejadian sebuah pikap yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan selepas melanggar bahagian kanan belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah yang sama apabila kereta itu tiba-tiba menukar laluan ke kanan jalan raya tiga lorong itu.

Katanya pemandu pikap berkenaan cuma mengalami kecederaan ringan manakala pemandu dan penumpang Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Artikel Lain