suria

Masyarakat Cina Bukan Lagi 'Pendatang' - Adenan Satem

Tan Sri Adenan Satem
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata masyarakat Cina tidak boleh lagi dianggap sebagai pendatang dan menggesa seluruh rakyat supaya terus menegakkan semangat kesederhanaan.

Adenan, dalam ucapan Tahun Baru Cinanya berkata, walaupun nenek moyang masyarakat Cina di negara ini yang datang dari China boleh dianggap sebagai pendatang, generasi sekarang tidak lagi dianggap sedemikian.

"Anda memanggil Sarawak sebagai rumah anda, dan sememangnya ini adalah rumah anda, sama seperti orang lain daripada kaum-kaum lain."

Beliau memberikan penghormatan kepada masyarakat Cina di negeri ini, yang dianggap sentiasa menjadi bahagian penting dalam politik dan ekonomi negeri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih perniagaan masyarakat Cina yang memainkan peranan mereka dalam pembangunan Sarawak."

Menggesa rakyat Sarawak untuk terus bergaul dan berinteraksi dengan kaum lain, Adenan berkata: "Marilah kita terus mendukung semangat kesederhanaan dalam perhubungan kita dengan orang lain.

"Bagi yang bukan masyarakat  Cina, berkunjunglah ke rumah terbuka Tahun Baru Cina untuk sama-sama berusaha mengukuhkan perpaduan di kalangan semua kaum."

Beliau berkata, Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan sikap saling menghormati dan nilai kemanusiaan perlu terus menjadi asas kepada hubungan antara rakyat di negeri ini.
Tan Sri Adenan Satem, pendatang

Artikel Lain