Fahmi Zainol Akan Cabar Keputusan UM di Mahkamah Tinggi - Semasa | mStar

Fahmi Zainol Akan Cabar Keputusan UM di Mahkamah Tinggi

Fahmi Zainol.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol akan mencabar keputusan Jawantakuasa Rayuan yang mengekalkan keputusan menggantung pengajiannya selama dua semester atas kesalahan menganjurkan pidato '40 Tahun Dari UM ke Penjara' tahun lalu.

Anak muda yang berasal dari Permatang Pauh itu berkata, saman tersebut akan difailkan selepas sambutan Tahun Baru Cina oleh firma guaman, Bon Advocat.

"Buat masa ini saya masih lagi berurusan dengan peguam saya, insya-Allah saya akan failkan kes ini ke Mahkamah Tinggi selepas sambutan Tahun Baru Cina," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp pada Rabu.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar UM dalam satu kenyataan yang diemel kepada Fahmi memaklumkan, bahawa pihaknya telah menolak rayuan pelajar tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial bersama-sama dengan lima tertuduh yang lain.

Fahmi berkata, bentuk hukuman dan denda juga turut dikekalkan, dan hanya tuduhan ke atas seorang pelajar iaitu Muhammad Khairul Anwar Kamaruddin digugurkan.

Menyatakan kekecewaannya, atas keputusan yang diumumkan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu, Fahmi menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu penganiayaan terhadapnya.

"Justeru itu, saya tidak teragak-agak untuk bawa kes ini ke mahkamah, sudah tiba masanya saya menuntut keadilan. Hanya kerana mereka ada pangkat dan kuasa mereka fikir boleh mengambil tindakan sesuka hati," katanya.

Pada 9 Disember lalu, Lembaga Tatatertib UM membuat keputusan menggantung pengajian Fahmi dan Safwan Shamsuddin berkuat kuasa serta-merta selama dua semester serta dikenakan denda sebanyak RM150 atas kesalahan menganjurkan pidato Anwar tanpa kebenaran pihak universiti.

Empat pelajar lain turut dikenakan denda RM150 dan diberikan amaran, manakala dua lagi pelajar, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, namun diberi amaran.

Pada 27 Oktober tahun lalu, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi bertindak merempuh pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama pemimpin pembangkang itu.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti pada hari kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kesesakan Jalan Pahang Tiada Penyelesaian

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain