suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembatalan Kidex Akan Dirujuk Kepada Peguam Negara

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan akan merujuk keputusan Kerajaan Selangor membatalkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara Expressway (Kidex) kepada Pejabat Peguam Negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa input Peguam Negara diperlukan kerana perjanjian konsesi itu ditandatangani antara Putrajaya dan syarikat konsesi.

Beliau menambah, kementerian akan mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengenai pembatalan projek tersebut.

Pada Isnin lalu, Azmin mengumumkan pembatalan Kidex berikutan kegagalan pemaju untuk memenuhi tiga syarat yang ditetapkan sehingga tarikh akhir pada 14 Februari.

Kidex merupakan lebuh raya bertingkat sejauh 14.9 kilometer yang bermatlamat untuk mengurangkan masa perjalanan sebanyak 25 peratus dari Damansara ke Kinrara.

Peguam Negara, Kidex

Artikel Lain