suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Tambang Bas Ekspres Kekal - SPAD

SEGAMAT: Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang seperti diminta pengguna.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.

"Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.

"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat di sini, Isnin.

Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres. 

Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baharu Cina ini, SPAD telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.

"LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya," katanya.

Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.

"Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar," katanya. 

SPAD, Tambang Bas Ekspres

Artikel Lain