Projek Kidex Batal - Azmin - Semasa | mStar

Projek Kidex Batal - Azmin

KIDEX adalah lebuh raya bertingkat bermula di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara. Lebuh raya ini merangkumi laluan utama sepanjang 14.9 kilometer serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km .

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membatalkan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) berikutan pemegang konsesi gagal mencapai tiga syarat yang ditetapkan sebelum tarikh tutup pada 14 Februari lalu.

"Memandangkan tidak ada sesiapa yang mencapai syarat-syarat  diperlukan Kidex dalam tempoh yang diberikan, kerajaan Selangor mengumumkan pembatalan projek tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azmin berkata, tiga syarat yang perlu ada ialah bebas daripada penilaian kesesakan lalulintas, kesan sosial dan kesan penilaian alam sekitar kepada penduduk di kawasan sekitar yang boleh memberi faedah ataupun kesan negatif.

"Kidex juga menjangkakan pendedahan kadar bayaran tol bagi tempoh tertentu.

"Pihak konsesi perlu menyerahkan jangkaan kutipan tol dan serahkannya kepada pelabur.

"Mereka juga perlu mendedahkan kontrak konsesi bersama polisi Pakatan Rakyat yang berintegriti dan bertanggungjawab," jelasnya.

Azmin menambah, pendekatan tersebut turut digunakan dalam permohonan yang lain.

Kidex , Azmin Ali

Artikel Sebelum

Bersumpah Umpama Abu Jahal - Rafizi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu

Rakyat Pahang terima Sultan baharu