Pahang Akan Hentikan Perlombongan Bauksit Jika Tiada Penyelesaian Isu Pencemaran - Semasa | mStar

Pahang Akan Hentikan Perlombongan Bauksit Jika Tiada Penyelesaian Isu Pencemaran

RAUB: Kerajaan negeri Pahang tidak akan teragak-agak menghentikan aktiviti perlombongan bauksit dan bijih besi di negeri ini sekiranya masalah pencemaran di jalan sekitar menghala ke Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng berterusan tanpa jalan penyelesaian. 

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri memandang serius masalah itu yang bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk di sepanjang jalan berkenaan tetapi juga kepada industri pelancongan. 

"Kita pandang berat hal ini, kalau masih tidak ada penyelesaian, kita akan hentikan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan geran hak milik tanah dan ladang pertanian kepada 179 peneroka Felda Krau 1 di Dewan Orang Ramai Felda Krau di sini hari ini. 

Adnan berkata demikian ketika mengulas rungutan sekumpulan pelancong dari China yang tiba dengan kapal kargo-penumpang Beibu Wan Zhi Xing di Pelabuhan Kuantan semalam mengenai keadaan persekitaran pelabuhan itu yang kotor dan tercemar dengan bauksit. 

Kerajaan negeri pada awal bulan ini telah mengadakan pertemuan dengan 106 pengusaha bauksit dan bijih besi di negeri ini dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap rungutan penduduk tentang pencemaran di Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng.

Antara langkah yang diambil termasuk tidak membenarkan lori-lori yang mengangkut bahan berkenaan menggunakan jalan biasa kecuali Jalan Gebeng-Bypass untuk ke pelabuhan. 

Selain itu, kerajaan negeri turut memberikan tempoh selama dua bulan kepada pengusaha terbabit untuk memunggah dan mengosongkan tujuh tempat simpanan bauksit. 

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Adnan berkata kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan tempat simpanan baharu seluas 242 hektar di kawasan Gebeng.
Menurutnya, pengusaha berkenaan juga akan dicadangkan supaya menggunakan lori khas untuk mengangkut bahan berkenaan bagi mengelak ia mencemar kawasan yang dilalui. 

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Adnan mengingatkan peneroka Felda untuk tidak menjual tanah yang dimiliki setelah diberikan geran hak milik tanah.

Katanya, walaupun proses itu memerlukan kelulusan kerajaan negeri, pihaknya mengesan segelintir peneroka yang bertindak menjual tanah mereka menerusi cara lain yang akhirnya menimbulkan masalah kepada mereka di kemudian hari. 

perlombongan bauksit , Pahang , pencemaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain