Dua Penjawat Awam Antara Yang Ditahan Dalam Ops Hari Kekasih - Semasa | mStar

Dua Penjawat Awam Antara Yang Ditahan Dalam Ops Hari Kekasih

Seorang askar berusia 36 tahun dan pelajar kolej berusia 23 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka sempena Hari Kekasih.
MELAKA: Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi 'Hari Kekasih' oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik. 

"Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya. 

Zurul Iman berkata seorang lagi penjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam. 

Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Beliau berkata dua pasangan itu bersama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.

Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.

"Tindakan perlu diambil kerana perbuatan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain