suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Pelajar Demo Tuntut Anwar Dibebaskan

Adam Adli (kiri) bersama-sama sekumpulan pelajar menyertai protes yang diadakan di luar pusat beli belah Sogo pada petang Sabtu.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda mengadakan demonstrasi di ibu kota, mendesak agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara.  

Protes tersebut diketuai oleh aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim dan Muhammad Safwan Anang yang mengadakan himpunan di luar pusat beli belah Sogo pada pukul 4 petang Sabtu. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adam Adli turut menyampaikan ucapan kepada kumpulan tersebut. Antara intipati ucapan mereka ialah kumpulan berkenaan akan berhimpun dan berarak pada setiap hari Sabtu. 

"Minggu hadapan, kita akan membawa lebih ramai penyokong dan kita akan terus berjuang dan tidak akan berundur," katanya. 

Kumpulan berkenaan berarak dari Hentian Pudu Raya sambil menyatakan ikrar mereka akan terus menuntut agar Anwar dibebaskan. 

Kumpulan tersebut akhirnya bersurai pada pukul 6.30 petang. 

Artikel Berikut

Artikel Lain