suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembakan Di Kilang Cetak Kumpulan See Hua, Rumah Seorang Menteri Kabinet Sarawak

Wong Soon Koh.
SIBU: Kilang mencetak beberapa akhbar tempatan dan kediaman seorang menteri Kabinet ditembak awal pagi Jumaat oleh individu tidak dikenali.

Insiden tembakan itu berlaku di kilang pencetakan Kumpulan See Hua kira-kira pukul 5 pagi, disusuli kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh pada pukul 5.35 pagi yang terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi tembakan pertama.
 

Wong meninggalkan parti komponen Barisan Nasional negeri, SUPP berikutan kemelut politik dalaman yang dihadapi parti itu.

Jiran Wong, seorang wanita berusia 45 tahun berkata beliau tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan tersebut.

"Saya bergegas mengejutkan suami saya yang sedang tidur dan dia pantas menghubungi polis," kata wanita itu.

Anak Wong, Datuk Andrew Wong berkata, beliau terkejut melihat panel kaca yang ditembusi peluru dalam bilik tidur di tingkat pertama yang turut pernah menjadi sasaran tembakan individu tidak dikenali pada 14 Ogos tahun lalu.

Seorang pengawal keselamatan wanita di kilang percetakan Kumpulan See Hua berkata, dia telah menyelesaikan pemeriksaan rutin setiap pagi dan sedang berjalan kaki ke pondok pengawal apabila terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

Bagaimanapun dia tidak melihat sebarang suspek.

Difahamkan suspek melepaskan tembakan dari luar pagar yang terkena panel kaca pintu utama.

Empat lubang peluru ditemui di panel kaca dan lima yang lain di dinding konkrit.

Tiga akhbar yang bernaung dibawah Kumpulan See Hua adalah See Hua Daily News, The Borneo Post dan Utusan Borneo.

Polis sedang menyiasat insiden tersebut.


Artikel Lain