suria

Sebilangan Peruncit Sedaya Upaya Kekalkan Harga Rendah

PETALING JAYA: Ketika ramai peruncit memberikan banyak alasan untuk menurunkan harga barang, terdapat segelintir daripadanya yang melakukan usaha untuk mengekalkan harga rendah dan menjadi contoh untuk diikuti peniaga lain.

Antara syarikat yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga barang adalah Mr DIY, yang menjual perkakasan, peralatan dapur, automotif dan produk lain.

Papan iklannya di seluruh negara menarik perhatian dengan janji: "GST 6% Kami Bayar: Biar Kami Rugi, Anda Puas Hati.

Turut bersama peruncit ini adalah rangkaian pasaraya besar Giant dan Mydin, yang berjanji untuk mengekalkan harga rendah.

Tindakan positif ini datang tepat pada masanya apabila pengguna bosan dengan pengeluar, peruncit dan mereka yang terlibat dengan pengangkutan yang mahu melepaskan tanggungjawab, mendakwa bahawa tangan mereka 'terikat' apabila bercakap tentang penurunan harga barang, walaupun terdapat penurunan dalam kos bahan api.

"Kami faham bahawa orang ramai bimbang dengan kos sara hidup yang meningkat," kata penolong pengurus kanan pemasaran Mr DIY, Andy Chin.

"Jadi, misalnya tukul yang sekarang berharga RM2, akan sama harganya selepas cukai baharu dilaksanakan (pada bulan April)," katanya.

Peruncit ini mempunyai lebih dari 100 cawangan di negara ini.

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang mengendalikan 126 cawangan Giant di seluruh negara, telah mempertimbangkan beberapa pilihan untuk memastikan harga barangan kekal rendah.

Pengarah urusan korporatnya Roslinda Idrus berkata, antara langkahnya adalah mengadakan promosi jualan tetap untuk barangan tertentu yang akan menampilkan harga serendah mungkin.

Beliau memetik promosi jualan Tahun Baru Cina di Giant sebagai contoh, di mana sayur-sayuran diimport dari China oleh pasaraya besar itu untuk mengekalkan harga rendah menjelang musim perayaan.

Jelasnya, koran banjir baru-baru ini yang telah merosakkan beberapa ladang di negara ini, sayur-sayuran dari sumber tempatan adalah mahal.

"Giant komited untuk membantu meringankan kos sara hidup yang meningkat. Ini akan menjadi keutamaan kami pada tahun ini. "

Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata syarikat itu sedang mengkaji pendekatan yang berbeza dan telah menggunakan pembelian secara pukal untuk mengekalkan harga rendah.

Ameer, yang juga jurucakap Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), berkata penurunan harga yang lebih besar hanya boleh berlaku di peringkat perkilangan atau pengeluar.

"Walaupun dengan kos bahan api yang lebih rendah, banyak pengeluar tidak terburu-buru untuk membantu menawarkan kos yang lebih rendah.

"Mereka memberi alasan bahawa kos telah meningkat disebabkan oleh ringgit yang semakin lemah berbanding dolar AS," katanya.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu memberikan tekanan kepada pengeluar untuk mengurangkan harga melalui penggunaan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Akta Anti-Pencatutan," katanya.

Mydin mempunyai 267 cawangan di seluruh negara, yang terdiri daripada 18 pasaraya besar, 16 emporium, 47 pasar mini dan tiga buah bazar.

Roslinda bersetuju dengan Azmeer, mengatakan bahawa harga barangan biasanya dikawal oleh pengeluar.

"Ini adalah salah faham umum bahawa harga ditentukan oleh peruncit," katanya.

"Sebenarnya ia ditentukan pengeluar yang berada di bahagian atas rantaian makanan."
GST, Giant, Mr DIY, Mydin, kos bahan api

Artikel Lain