suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pancar Pintas Talian Punca Bekalan Elektrik Di Batu Caves Terputus

Bahagian pintu masuk utama gelap apabila bekalan elektrik di perkarangan kuil Batu Gaves mengalami gangguan bekalan elektrik.
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik di perkarangan kuil Batu Caves malam Isnin disebabkan oleh pancar pintas talian (nyahcas elektrik yang tidak normal) di satu daripada pencawang di kawasan itu.

Menurut Pengurus Besar kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, jurutera TNB masih dalam proses menyiasat punca kejadian.

"Bekalan elektrik dipulihkan melalui penjana kuasa mudah alih yang sedia ada tetapi tidak bertahan lama disebabkan muatan berlebihan dari sambungan bekalan sementara yang menyeluruh.

"Pasukan TNB berada di tempat kejadian untuk memulihkan bekalan daripada dua penjana kuasa mudah alih tambahan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Aminuddin juga berkata polis trafik membantu untuk membawa penjana kuasa mudah alih itu ke Batu Caves akibat kesesakan lalu lintas.

Bekalan elektrik ke kawasan itu terputus pada 8.50 malam dan sehingga tengah malam Isnin, bekalan belum dipulihkan.

Artikel Lain