suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Pantau Kegiatan Militan Di Terengganu

Jamshah (dua, kanan) mencuba skuter yang akan digunakan oleh Skuad Aman Wanita (Amanita) selepas majlis penyerahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, Rabu.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu senantiasa memantau kegiatan orang ramai di negeri ini bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir tidak sihat termasuk menyertai kumpulan militan di luar negara.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya turut memantau ajaran sesat syiah selain hubungan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

"Kita bekerjasama dengan Bukit Aman berhubung perkara ini dan setakat ini kita tidak mengesan sebarang bentuk aktiviti militan yang berlaku di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sebelum ini, seorang bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan IS, tahun lepas.

Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, dari Setiu, Terengganu didakwa berbuat demikian pada pukul 10.15 malam, 28 Disember 2014 di hadapan pintu C15, balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu bertolak ke Istanbul, Turki melalui penerbangan Turkish Airlines.

Terengganu, Jamshah Mustapa, IS, militan

Artikel Berikut

Artikel Lain