suria

Media Filipina Buat Spekulasi Marwan Masih Hidup

Zulkifli bin Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan.
MANILA: Beberapa akhbar melaporkan bahawa pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli bin Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, bertentangan dengan dakwaan Setiausaha Dalam Negeri Manuel Roxas, bahawa terdapat 'kemungkinan yang tinggi' dia telah terbunuh.

"Mereka tidak mendapatkan Marwan, dia masih hidup," Manila Standard Today memetik  jurucakap Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Absalom Cerveza, sebagai berkata.

Ahli MNLF di bawahnya telah memantau dengan teliti 'keadaan yang sangat berubah-ubah' di Mindanao.

Cerveza berkata bekas pemberontak MNLF, yang mempunyai hubungan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), telah melaporkan bahawa Marwan tidak lagi berada di kawasan itu dalam serbuan di Mamasapano, Maguindanao, pada awal pagi Ahad yang mengakibatkan kematian 44 komando polis.

"Ia menjadi tekaan sesiapa sahaja," kata Cerveza ketika ditanya sama ada beliau mempunyai idea di mana Marwan kini berada, "tetapi kenalan saya mengulangi bahawa Marwan tidak di berada di kawasan itu apabila serangan itu berlaku."

Beliau berkata serbuan Pasukan Tindakan Khas polis nampaknya dibuat berdasarkan maklumat daripada aset, yang telah terbukti tepat dan boleh dipercayai dalam operasi sebelumnya, bahawa Marwan akan berada dalam Mamasapano pada hari itu.

"Beberapa hari sebelum serangan itu, Marwan boleh jadi berada di kawasan itu," kata Cerveza, "tetapi dia juga mungkin telah berpindah sebelum pertempuran."

Cerveza berkata aset polis itu juga terbunuh dalam pertempuran, justeru adalah sangat sukar untuk menentukan sama ada kejadian di Mamasapano itu adalah benar-benar satu 'salah pertemuan' seperti yang didakwa oleh Roxas atau telah dirancang oleh BIFF.

Beliau berkata bahawa mereka telah berkumpul ketika polis menarik diri selepas bertempur dengan anggota BIFF, tetapi mereka tidak sengaja menarik diri ke kawasan di mana terdapat tentera MILF, yang dimaksudkan pegawai apabila mereka menggunakan istilah 'salah pertemuan'.

Malah MILF, yang telah berulang kali menafikan 'memanjakan' Marwan atau mengetahui di mana dia berada, enggan mengesahkan dakwaan kerajaan bahawa pengganas dari Malaysia itu terbunuh dalam pertempuran itu.

"Kami tidak boleh mengesahkan atau menafikan bahawa Marwan mati dalam pertemuan itu dan kita tidak mempunyai maklumat yang dia pernah bersama kami apabila pertempuran berlaku seperti yang didakwa pihak lain," kata perunding keamanan MILF, Mohagher Iqbal.

Tetapi dalam satu taklimat media pada pagi Selasa, Roxas menegaskan bahawa terdapat 'kemungkinan tinggi' bahawa Marwan terbunuh dalam operasi itu.

Roxas berkata hampir 400 anggota polis terlatih mengambil bahagian dalam operasi di Mamasapano untuk menangkap Marwan tetapi diserang hendap.

The Philippines Star juga memetik bekas pegawai perisikan tentera sebagai berkata bahawa Marwan berjaya melarikan diri daripada serbuan polis di tempat persembunyiannya di Mamasapano.

"Marwan berjaya melarikan diri sebelum operasi polis menyerbu tempat persembunyiannya," kata pegawai yang tidak dinamakan oleh akhbar itu.

Pegawai itu berkata asetnya telah menjejaki Marwan di Manila di mana mereka sepatutnya melakukan serangan bom pada 18 Januari lalu di Rizal Park.

Marwan dan tiga sekutunya tidak dapat menjalankan misi mereka kerana hujan lebat dan gangguan isyarat telefon bimbit untuk mencetuskan bom kawalan jauh mereka, katanya.

Selepas serangan terhadap Pope Francis yang dibatalkan, Marwan kembali ke Maguindanao di mana dia hampir diperangkap, dakwa pegawai itu.

Akhbar itu juga memetik jurucakap MNLF Emmanuel Fontanilla sebagai berkata bahawa Marwan telah dikesan di Lanao del Sur di dalam kumpulan pejuang gerila Bangsamoro Kebebasan Islam (BIFF).

Fontanilla berkata seorang komander MNLF melaporkan bahawa Marwan dilihat dalam kem BIFF di Maguindanao.

"Sasaran bernilai tinggi tidak berada di kawasan itu ketika serbuan itu berlaku," katanya.

Fontanilla berkata Marwan, yang fasih dalam pelbagai dialek di Mindanao, mempunyai penyokong dalam masyarakat pedalaman.

Akhbar memetik sumber sebagai berkata bahawa tawaran AS$5 telah menarik perhatian banyak pihak untuk membantu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mengesan Marwan.

Zulkifli, antara militan paling dikehendaki AS ini adalah pembuat bom untuk kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang melakukan pengeboman di Bali pada 2002 yang meragut 202 nyawa, dan serangan berbahaya lain di Asia Tenggara.

Pihak berkuasa telah lama mencari Marwan dengan tawaran ganjaran AS $5 juta dan pengisytiharan kematiannya terbukti 'pra-matang' pada masa lalu.

Marwan dilaporkan terbunuh dalam pengeboman tentera pada tahun 2012 di pulau Jolo di selatan Filipina tetapi dia muncul semula hidup bersama kumpulan MILF dan BIFF di Mindanoa dua bulan kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain