suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sarawak terus meningkat tengah hari Selasa kepada 1,326 orang berbanding 1,153 mangsa pagi tadi, dengan dua lagi pusat pemindahan dibuka di Sibu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata kesemua 392 keluarga itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan, termasuk dua pusat di Sibu.

Katanya, dua pusat di Sibu yang dibuka itu menempatkan seramai 227 mangsa daripada 45 keluarga dari Rumah Janting dan Rumah Gansau dalam daerah Selangau.

Di Bintulu kekal 744 mangsa banjir daripada 245 keluarga, Samarahan (54 orang), Mukah (66 orang), dan Limbang (235 orang).

Di SABAH, menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, mangsa banjir tengah hari ini kekal 47 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan di Dewan Baru Membakut.

Banjir, Sarawak, Sibu

Artikel Lain