suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simpan Kereta Curi, Penganggur Dipenjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang penganggur pada Isnin setelah dia mengaku bersalah memiliki sebuah kereta curi minggu lepas.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan NorNasrin Nasaruddin, 32, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap, 22 Januari lepas.

Dia didakwa memiliki atau menyimpan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu milik seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun di sebuah rumah di Jalan 1/2 Tasik Tambahan, Ampang, pada 8 malam hari sama.

Mengikut fakta kes, ahli perniagaan itu melaporkan keretanya dicuri ketika beliau berada di sebuah kedai buku di Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 2.30 petang, 9 Januari lepas.

Pemeriksaan polis ke atas NorNasrin ketika dia ditahan menjumpai pelekat cukai jalan kereta itu di dalam poket seluar yang dipakainya.

Selepas disoal siasat, tertuduh membawa polis ke rumahnya tempat kereta itu disimpan.

Ketika rayuan, NorNasrin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara isteri dan anak serta menanggung ibu bapanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.

penganggur, kereta curi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain