suria

Wanita Fiji Seludup 1.51 Kilogram Dadah Ditahan

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang wanita warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang pada Ahad kerana cuba menyeludup masuk dadah.

Pengarah JKDM KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata pihaknya merampas 1.51 kilogram dadah jenis methapetamin bernilai RM287,850 daripada wanita Fiji itu.

"Dadah tersebut yang disembunyikan dalam bagasi pakaian wanita itu yang dalam perjalanan dari Hong Kong dirampas pada pukul 5.45 petang.

"Sebaik tiba di KLIA 2, bagasi yang diimbas menampakkan terdapat serbuk kristal disyaki methapetamin disorok dalam ruangan khas dan pihak kami menahan wanita berusia 26 tahun itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-33 2015 di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek dekat sini, Isnin.

Chik Omar berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIA, Fiji, Dadah, Kastam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain