suria

MAS Sahkan Sistem Domain Laman Web Digodam

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan sistem domain laman webnya digodam dengan pengguna diarahkan semula ke laman web penggodam apabila pengguna mengakses laman web tersebut.

Pada pagi Isnin, laman web syarikat penerbangan itu telah digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Cyber Caliphate".

"Pada peringkat ini, laman web MAS tidak terjejas.

"Syarikat ini telah menyelesaikan isu tersebut dengan pembekal perkhidmatan dan sistem dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 22 jam," kata MAS dalam satu kenyataan.

MAS telah melaporkan isu tersebut kepada CyberSecurity Malaysia dan Menteri Pengangkutan berhubung perkara itu.

Syarikat tersebut turut memberi jaminan kepada pelanggan dan kliennya bahawa gangguan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan tempahan mereka dan data pengguna adalah selamat.


MAS, digodam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain