suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Mahu Maklumat Penunjuk Perasaan Datum Jelatek Sebelum Ambil Tindakan

Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mahukan pengesahan bahawa semua individu yang mengambil bahagian dalam protes terhadap projek Datum Jelatak sememangnya terdiri daripada penduduk tempatan.

"Siapa mereka? Adakah anda yakin mereka penduduk tempatan dan mereka tinggal di sana?

"Selain En Salleh (Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek), siapa ahli mereka? Siapa lagi yang hadir dalam demo itu?" soal Azmin pada Isnin.

Pada Ahad, hampir 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

Azmin berkata sentimen perkauman tidak harus dibenarkan untuk menyekat pembangunan di negeri tersebut.

Apabila diberitahu bahawa penunjuk perasaan mahu bertemu dengan beliau, Azmin berkata beliau akan menunggu laporan penuh mengenai insiden itu.


Mohamed Azmin Ali, Datum Jelatek

Artikel Lain