suria

Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan 17 Rompakan Bersenjata

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner, Datuk A. Paramasivam (tengah) menunjukkan pistol, .22 Walther yang ditemui daripada kumpulan samun bersenjata yang berjaya ditumpaskan oleh polis negeri dalam satu insiden tembak-menembak di Sungai Siput pada awal pagi Ahad. - Foto RONNIE CHIN/THESTAR.
IPOH: Tiga warga asing, yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kuragnya 17 kes samun bersenjata di lima daerah di Perak, terbunuh dalam satu insiden tembak-menembak dengan pihak polis di Sungai Siput pada awal pagi Ahad. 

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner, Datuk A. Paramasivam berkata polis berjaya mengesan tiga suspek yang berkelakukan agak mencurigakan dalam sebuah Perodua Myvi di Jalan Lasah pada pukul 4.45 pagi. 

"Ketika diarahkan supaya berhenti. Suspek cuba melarikan diri memecut pergi daripada kereta pasukan D9, serta sempat melepaskan tembakan rawak. 

"Polis kemudiannya mengejar kereta suspek sejauh dua kilometer, dan suspek terus melepaskan tembakan ke arah anggota polis," katanya kepada pemberita. 

Parasivam berkata polis berjaya menemui pistol a.22 walter, empat bilah parang, dua alat pemotong besi, sebatang tuil besi, dua bilah kapak dan tiga topeng ski serta lima pasang sarung tangan. 

Bagaimanapun, beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri suspek yang ditemui. 

Tambahnya, kereta yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Bukit Puchong, Selangor pada 20 Ogos tahun lalu. 

"Insiden ini berlaku selepas penahanan empat orang warga asing di sebuah rumah di Kanthan Baru, Chemor pada 7 Januari lalu. 

"Kami percaya mereka merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan yang sama terlibat dengan 17 kejadian samun bersenjata di beberapa seperti Ipoh, Batu Gajah, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kangsar sejak Julai tahun lalu, ” katanya sambil menambah Polis Perak telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek. 


Artikel Berikut

Artikel Lain