suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

58 Pati Ditahan Di Lobang Biawak

LAHAD DATU: Sebanyak 58 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di perkampungan setinggan Lobang Biawak di pinggiran bandar Lahad Datu pada Khamis.

Operasi itu diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Bahagian Penguat kuasa Pejabat Daerah Lahad Datu.

Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata pendatang asing terdiri daripada 42 lelaki dan 16 wanita itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya 196 orang diperiksa dalam operasi bermula 5 pagi itu yang disertai pelbagai agensi negeri dan Persekutuan.

"Kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan pengusiran," katanya dalam satu kenyataan.

Turut memantau operasi bersepadu itu ialah Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi, Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Subari Tomo dan Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali.

Abdul Rashid berkata ini merupakan sebahagian daripada langkah drastik kerajaan untuk membersihkan Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) daripada pendatang tanpa izin.

Operasi membanteras secara besar-besaran itu dilancarkan susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri baru-baru ini yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.


Lobang Biawak, Pati, Polis

Artikel Lain