Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Charlie Hebdo - Semasa | mStar

Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Charlie Hebdo

Najib
Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk keras serangan ke atas akhbar satira, Charlie Hebdo di Perancis pada Rabu yang mengorbankan 12 nyawa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Khamis mengecam tindakan tiga individu bersenjata yang membunuh nyawa yang tidak berdosa dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

"Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan ke atas akhbar satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo pada 7 Januari (Rabu). 

"Tiada justifikasi untuk mengambil nyawa mereka yang tidak berdosa. Malaysia menyatakan rasa sedih dan bersimpati dengan kehilangan mereka serta mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

"Seperti yang dizahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), kita mesti melawan ekstremisme dengan kesederhanaan, memahami perbezaan budaya dan rasa hormat," menurut kenyataan itu. 

Hingga kini, polis Perancis mengesahkan sudah mengenal pasti tiga lelaki sebagai suspek serangan ke atas akhbar mingguan itu.


Pegawai polis menamakan suspek sebagai Said Kouachi dan Cherif Kouachi, iaitu warga Perancis yang berumur lingkungan awal 30-an manakala seorang lagi berusia 18 tahun dikenali sebagai Hamyd Mourad yang kerakyatannya belum disahkan.

Charlie Hebdo , Malaysia , kutuk serangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain