suria

Jabatan Bomba & Penyelamat Keluarkan Kalendar Menarik Tahun 2015

En September dan En Oktober (gambar bawah) dimuatkan dalam kalendar yang terbitan Jabatan Bomba dan Penyelamat . Gambar Ihsan Facebook Jabatan Bomba.
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerbitkan kalendar tahun 2015 yang cukup menarik perhatian ramai pihak. 

Antaranya ialah memaparkan aksi seorang pegawai lelaki yang mempunyai susuk tubuh badan tegap sedang melakukan tugasan membuka pili bomba, bagaiamanapun kalendar tersebut turut memberikan penghormatan kepada anggota wanita. 

Pada bulan Mac dan Mei dalam kalendar tersebut didedikasikan secara eksklusif kepada golongan wanita. Ia memaparkan gambar seorang juruterbang wanita dan pegawai wanita yang berkhidmat di jabatan berkenaan.

"Sebelum ini, kita mempunyai konsep yang berbeza untuk penerbitan kalendar namun kali ini kami mahu menunjukkan bahawa anggota kami sihat dan tangkas. 

"Ia juga sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai kami. 

"Semua model yang dimuatkan dalam kalendar tersebut merupakan anggota kami di seluruh negara," kata Noridan Saad, Supritendan Kanan II Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tambahnya, konsep terbaru itu sangat penting untuk menggalakkan semua orang, mengekalkan gaya hidup sihat termasuk, mereka yang berkhidmat dengan jabatan tersebut. 



Walaupun jabatan berkenaan telah beberapa kali menerbitkan kalendar, ini merupakan kali kedua kalendar terbitan mereka menggunapakai konsep amalan gaya hidup sihat, kata Norizan. 

Bagaimanapun, kalendar ekslusif terebut bukanlah untuk dijual dan ia hanya diedarkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri serta kementerian berkaitan. 

Beberapa pengguna bertuah turut diberikan kalendar tersebut secara percuma. Namun mereka perlu menjawab dengan tepat soalan kuiz yang dijalankan oleh jabatan berkenaan di laman Facebook mereka. 

Dalam tempoh kurang daripada 24 jam sebaik sahaja posting mengenai kuiz tersebut dimuat naik, ia menerima lebih daripada 2,000 'like' daripada pengguna internet dan ratusan komen turut diterima mengenai posting tersebut. 

Rata-rata mereka berminat serta ingin mendapatkan kalendar istimewa berkenaan. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain