suria

Pekan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga Untuk Gelombang Ketiga Banjir

Seorang pemilik kedai mengintai keadaan banjir yang mula surut dari dalam kedainya. Daerah Pekan antara kawasan yang teruk terjejas banjir ekoran limpahan Sungai Pahang. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Daerah Pekan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan gelombang ketiga banjir yang mungkin melanda negara ini.

Sehingga pukul 8 pagi Rabu, jumlah mangsa banjir di Pahang berjumlah 18,230 orang dari 149 kampung yang mendapatkan perlindungan di 89 pusat penempatan sementara.

Pekan masih mempunyai paling ramai mangsa dengan 10,132 orang dari 53 kampung di 31 buah pusat pemindahan.

Sehingga 1.30 tengahari, paras air di Kuala Sungai Chini adalah di 16.34 meter (paras bahaya adalah 14.90 meter) dan Paloh Inai berada pada paras 11.71 meter (paras bahaya adalah 10.30 meter).

Jumlah mangsa banjir di daerah-daerah lain adalah 3,010 orang di Temerloh (25 pusat penempatan), 2,779 orang di Maran (18 pusat penempatan), 1,122 orang di Kuantan (empat pusat penempatan), 682 orang di Bera (lapan pusat penempatan) dan 505 orang di Jerantut (tiga pusat penampatan).

Setakat ini, banjir di Pahang pada tahun ini telah meragut enam nyawa dengan tiga mematian di Temerloh dan masing-masing satu di Jerantut, Sungai Lembing dan Lipis.

Beberapa jalan masih ditutup untuk kenderaan ringan di daerah Pekan, Kuantan dan Maran.

Artikel Lain