suria

Kami Mempunyai Permit Terbang Di Laluan Surabaya-Singapura - Tony Fernandes

Tony Fernandes
PANGKALAN BUN: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes tidak pernah mengaku bahawa AirAsia Indonesia tidak mempunyai permit untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Rabu.

"Kami mempunyai hak untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura. Kami telah terbang mengikut jadual itu dan mempunyai hak untuk terbang tujuh hari seminggu," kata kenyataan itu yang memetik Fernandes sebagai berkata.

"Kami telah mendapat kedua-dua slot serta kelulusan dari Indonesia dan Singapura. Apa yang berlaku adalah satu kesilapan pentadbiran semata-mata," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonas berkata pada Selasa berkata bahawa Fernandes 'mengaku bahawa AirAsia tidak mempunyai permit laluan'.

Kementerian Pengangkutan menggantung permit penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura pada 2 Januari, selepas ia mendedahkan bahawa AirAsia didakwa melanggar prosedur operasi dengan terbang pada hari Ahad sedangkan lesen mereka hanya membenarkan mereka untuk terbang pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pada Oktober, syarikat penerbangan itu menyemak semula jadual laluannya untuk terbang pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, tanpa kebenaran yang diperlukan daripada kementerian, dakwanya.

Ketua pengarah pengangkutan udara Djoko Murjatmodjo berkata penggantungan AirAsia akan berterusan sehingga siasatan disiapkan, manakala syarikat penerbangan lain di negara ini juga akan diperiksa.

"Kami akan menjalankan audit atau penilaian ke atas semua syarikat penerbangan di Indonesia sama ada terdapat apa-apa perlanggaran berkaitan dengan laluan, masa dan jadual," kata Djoko minggu lepas.

Fernandes mengalu-alukan penilaian itu dalam kenyataan beliau.

"Adalah sesuatu yang baik apabila Kementerian Pengangkutan menilai penyelarasan antara penyelaras slot dan lapangan terbang supaya kita dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi," katanya menurut kenyataan itu. 

"Proses ini telah menjadi jelas sekarang. Saya juga mengesyorkan apa yang sedang dilaksanakan di Singapura; sistem berkomputer bersepadu supaya setiap orang berada pada halaman yang sama." -The Straits Times/ANN

Artikel Berikut

Artikel Lain