suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Lelaki Rosakkan Berhala Wat Siam

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Canthraram, Tanah Liat, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata lelaki, yang dipercayai kurang siuman itu, ditahan di rumahnya di Tasek Gelugor pada pukul 6 petang semalam dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

"Berdasarkan maklumat awam dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki lelaki yang tiada pekerjaan itu, polis berjaya mengesan alamat rumahnya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Rusli berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar lelaki itu merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di rumah ibadah berkenaan.

Lelaki berkenaan dikatakan datang ke rumah ibadah itu pada pukul 10.10 pagi dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 sebelum menjatuhkan dan memecahkan patung berhala dan membuang bekas tembaga berisi colok sembahyang.


Polis, Wat Siam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain