suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Syarikat Cari Gali Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

KUALA NERUS: Seorang pekerja syarikat cari gali minyak maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganinya hilang kawalan selepas merempuh sebuah lori di Kampung Gemuroh, Tepuh di sini , Ahad.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Wan Mohdzhar Wan Johar, 52, berasal dari Besut sedang dalam perjalanan dari Sungai Tong menghala ke Kuala Terengganu.

Mangsa dipercayai terbabas akibat cuba mengelak lori berkenaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Artikel Lain