suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: TKKM Kutip RM1 Juta Dalam 10 Hari

KUALA LUMPUR: Kutipan derma Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membantu mangsa banjir kini melebihi RM1 juta selepas hampir 10 hari diaktifkan.

Ia sekali gus mencerminkan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir yang melanda beberapa negeri.

Menurut laman web rasmi tabung berkenaan iaitu sms13999.skmm.gov.my, sumbangan yang dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu berjumlah RM1,035,264 setakat 11.15 pagi ini.

Kutipan sumbangan itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta beberapa syarikat telekomunikasi terkenal tempatan.

Sumbangan dibuat melalui dua langkah mudah iaitu dengan menaip BANJIR(jarak)(AMAUN), contoh BANJIR 20 bagi sumbangan RM20, dan dihantar ke 13999.

Derma boleh dibuat dalam amaun RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 atau RM50.


Banjir, Kelantan

Artikel Lain