suria

QZ8501: Dua Objek Besar Ditemui - Ketua Agensi Penyelamat

Anak kapal Indonesia mengamati bahagian permukaan laut, dalam operasi carian pesawat AirAsia, penerbangan QZ8501 dari dalam pesawat di Laut Jawa. -foto AFP.
JAKARTA: Dua objek besar ditemui dalam operasi mencari pesawat AirAsia, penerbangan QZ8501 pada Sabtu, kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia  (Basarnas).

Kedua-dua objek berada kira-kira 30 meter dalam air dan terletak berhampiran tumpahan minyak yang dikesan pada Jumaat, kata Ketua Basarnas Bambang Sulistyo.

Objek yang lebih besar itu berukuran sekitar 10meter x 5 meter.

"Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, saya boleh memberi jaminan kepada anda ini adalah beberapa bahagian kapal terbang AirAsia yang kami cari selama ini," katanya.

"Kami menurunkan ROV (Kenderaan Bawah Air Kawalan Operasi) dalam air untuk mendapatkan gambaran sebenar objek yang dikesan di dasar laut. Semuanya adalah pada kedalaman 30 meter, " kata Soelistyo, sambil menambah keadaan semasa telah menimbulkan kesukaran untuk mengendalikan ROV.

Tiga buah kapal dihantar ke kawasan laut di mana tumpahan minyak dikesan terletaknya 'dua objek ... yang berdekatan antara satu sama lain," kata Soelistyo.

Salah sebuah daripada tiga kapal itu adalah kapal Tentera Laut Singapura RSS Persistence, katanya.

Cuaca buruk yang melanda telah menghalang usaha carian mayat dan rangka pesawat Airbus A320-200 yang hilang dari radar semasa ribut pagi Ahad lepas.

Setakat ini 30 mayat telah dijumpai.

QZ8501, AirAsia Indonesia, Basarnas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain