suria

Felcra Peruntuk RM3 Juta Untuk Mangsa Banjir

KEMAMAN: Felcra Berhad menghulurkan sumbangan sebanyak RM3 juta termasuk dalam bentuk barangan keperluan kepada negeri-negeri yang terlibat dengan banjir sebagai tanggungjawab sosialnya.

Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau telah melawat beberapa negeri seperti Kelantan di Gua Musang, Lipis dan Maran di Pahang, Kemaman dan Dungun di Terengganu serta Perak untuk meninjau keperluan mangsa terjejas banjir.

"Setiap negeri yang kita lawati kita hulurkan bantuan sebanyak RM500,000, selain barang keperluan yang lain bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa kita melawat Perlis, ada kampung-kampung yang terputus hubungan jalan raya, jadi kita terpaksa menghantar bekalan dan barangan melalui helikopter," katanya ketika menyerahkan bantuan RM500,000 untuk mangsa banjir kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di sini Jumaat.

Selain itu, katanya, pengurusan Felcra juga sudah berbincang untuk menghulurkan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada anak-anak peserta Felcra yang terlibat dengan bencana alam itu. 


Banjir, Kelantan, Felcra

Artikel Sebelum

Artikel Lain