suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Maut Kereta Bertembung Lori Hantar Bantuan Banjir

KUANTAN: Dua beradik dilaporkan maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori yang menghantar bantuan bagi mangsa banjir, di Kilometer 52, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis malam Khamis.

Mangsa ialah pekerja kilang Mohd Haniff Mustafa, 30, dan adiknya Mohd Affandi Mustafa, 29, pekerja sebuah syarikat swasta yang kedua-duanya berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kemalangan 10.45 malam itu, isteri Mohd Haniff, Shahrina Arapali, 24, cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.

"Mangsa bertiga dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Merapoh apabila kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu," katanya kepada Bernama.

Lori itu dilapor baharu selesai menghantar bantuan di Kelantan. Pemandunya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh dan bercerun selain gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

Artikel Lain