suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Beri Komitmen Penuh Cari QZ8501 - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

PENGKALAN CHEPA: Malaysia memberi komitmen penuh untuk mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Pertahanan itu berkata, Malaysia bekerjasama rapat dengan Indonesia dan Singapura dalam menyelaraskan pencarian.

"Saya memberi tumpuan kepada penggunaan aset.

"Ia bergantung kepada keadaan dan perkembangan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di SMK Pengkalan Chepa di sini, Isnin.

Beliau berjanji bahawa Malaysia akan memberi komitmen penuh dalam mencari pesawat itu sebagai penghormatan di atas hubungan rapat dengan Singapura dan Indonesia.

"Kita berharap dan berdoa, bersama dengan ahli keluarga mangsa.

"Kita tidak akan berputus asa," katanya sambil menambah bahawa beliau telah berbincang bersama dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai operasi pencarian.

QZ8501

Artikel Lain