suria

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Sitiawan

IPOH: Seorang pemandu lori dan dua penumpangnya maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Batu 9, Lekir dekat Sitiawan pagi Isnin.

Mangsa ialah pemandu tersebut Muhammad Farid Che Rahim, 26, penumpangnya Muhammad Amin Mohamed Ali Piah, 19, dan Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ramli, 19, yang kesemua mereka dari Bota, Parit.

"Ketiga-tiga mereka maut di tempat kejadian, dipercayai tercampak keluar dari lori mereka," kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah.

Kemalangan pukul 9.40 pagi itu turut membabitkan sebuah treler dan kereta.

Beliau berkata lori berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, lori tersebut berpusing-pusing lalu berlanggar pula sebuah kereta di belakangnya," katanya.


kemalangan, maut, Sitiawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain