suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Pesawat QZ8501 Punyai Rekod 20,537 Jam Penerbangan

KUALA LUMPUR: Juruterbang yang mengendalikan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang hilang pada Ahad, mempunyai rekod 20,537 jam penerbangan.

Dalam kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata daripada jumlah itu, kapten berkenaan mencatat 6,100 jam penerbangan bersama AirAsia Indonesia dengan pesawat Airbus A320.

"Pegawai pertama pula mencatat 2,275 jam penerbangan dengan AirAsia Indonesia," katanya.

Pada Ahad, pesawat ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi setelah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi.

AirAsia berkata pihaknya menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan dengan menggunakan talian +622129270811 untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang sanak saudara atau sahabat handai penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

Katanya ketika ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah penyelarasan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan AirAsia Indonesia memberi kerjasama penuh serta membantu dengan sedaya upaya dalam penyiasatan kehilangan pesawat berkenaan.

QZ8501, AirAsia

Artikel Lain