suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Kelantan Semakin Meruncing

terkini KUALA LUMPUR: Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah Sabtu.

Di KELANTAN, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.



Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5). 


Banjir, Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Lain