suria

Banjir: MB Terengganu Pendekkan Umrah

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memendekkan ibadah umrahnya untuk memberi tumpuan kepada banjir yang sedang melanda negeri ini.

Ahmad Razif, yang tiba di sini petang Jumaat, membidas tindakan pihak tertentu terutamanya pembangkang yang mempersoalkan ketiadaan beliau di tanah air ketika Terengganu sedang dilanda banjir.

Beliau menjelaskan rancangan untuk mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Disember sememangnya sudah lama dibuat namun beliau tidak menyangka banjir kembali melanda sejurus selepas beliau berlepas mengerjakan umrah pada 21 Dis lalu.

"Sebenarnya saya telah berniat untuk membuat nazar kerana sebelum ini keadaan politik Terengganu agak tidak stabil dan kebetulan juga (allahyarham) ayah saya masa itu sakit dan saya kata 'sekiranya selesai, saya akan menunaikan umrah' untuk saya melaksanakan nazar," katanya kepada pemberita.

Terdahulu Ahmad Razif bersama isterinya Toh Puan Halina Zakaria melawat dan memberi sumbangan kepada 91 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Guntong, Tepoh di sini lewat malam.

Banjir, Umrah, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain