suria

Banjir Di Terengganu Ragut Dua Nyawa

Banjir di Kemaman, Terengganu.

KEMAMAN: Wanita yang dilaporkan hilang bersama-sama suaminya selepas terjatuh dalam air banjir semasa proses pemindahan pada Rabu, ditemui mati lemas, Jumaat menjadikan angka kematian kepada dua dalamgelombang kedua banjir di Terengganu.

Mayat Nur Hayati Sulong, 37, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 4.25 petang, kira-kira 700 meter dari lokasi pasangan itu dilaporkan jatuh di Kampung Geliga Che Akob, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Nor Mahathir Mohamad.

Suaminya Suhaimi Awang, 37, masih belum ditemui.

Mangsa pertama banjir ialah seorang remaja berumur 14 tahun, Nurrashidah Baharuddin, yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir di Kuala Terengganu, Khamis. 

Banjir mati lemas

Artikel Lain