suria

Sindiket Dadah Wanita Tempatan Tumpas, Harta Bernilai RM2.7 Juta Disita

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang diketuai wanita tempatan berusia 30 tahun dan menyita barangannya bernilai RM2.7 juta Selasa lepas.

Wanita itu dilapor memperoleh syabu daripada beberapa sindiket dadah antarabangsa terutamanya daripada warga Nigeria di sekitar Lembah Klang yang dikesan sejak tahun lepas.

Hasil siasatan dan risikan polis mendapati, syabu berkenaan diedarkan untuk pasaran tempatan dan Indonesia.

Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah berkata polis menahan empat anggota sindiket itu termasuk wanita berkenaan, yang kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 6.30 pagi Selasa lalu.

Haris berkata pihak polis turut menyita harta wanita berkenaan termasuk wang tunai, kondo, barang kemas dan pelbagai kenderaan mewah dipercayai diperoleh daripada hasil kegiatan pengedaran dadah.

Beliau berkata wanita tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kes tangkapan sejak tahun lepas yang membabitkan 13 warga Nigeria, tiga warga Afrika, dua warga Thailand, masing-masing seorang warga India dan Pakistan dengan rampasan Syabu seberat 1.5kg, 15kg heroin dan dua pucuk pistol bernilai yang kesemuanya bernilai RM1juta. -BERNAMA
sindiket dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain