suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawanan Sydney: Malaysia Ikrar Akan Bersama Rakyat Australia - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berikrar akan berdiri teguh bersama-sama rakyat dan kerajaan Australia dalam kejadian menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney, Isnin.

"Kami akan sentiasa bersama-sama semua rakyat Australia. Doa dan harapan kami mengiringi kesemua mereka yang terjejas oleh #SydneySiege semalam," kata Najib dalam catatan terbaru beliau melalui laman Twitter pada Selasa.

Kejadian itu bermula pada kira-kira pukul 9.45 pagi apabila seorang lelaki bersenjata api menyerbu ke dalam sebuah kafe dan menjadikan 17 orang sebagai tebusan.

Drama penuh ketegangan selama 16 jam itu berakhir apabila polis bersenjata lengkap menyerbu kafe berkenaan dan membunuh lelaki terbabit.

Dua tebusan terbunuh dan empat cedera. 

Mereka yang terbunuh ialah seorang wanita beranak tiga dikenali sebagai Katrina Dawson, 38, pengurus kafe, Tori Johnson, 34, dan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Man Haron Monis, 50.

Artikel Lain