suria

Kalimah Allah: Guan Eng Tak Sensitif Terhadap Orang Islam - Mukhriz

Mukhriz Tun Mahathir.

ALOR SETAR: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan itu juga menunjukkan Lim tidak ikhlas dan kenyataan itu dibuat atas dasar kepentingan politik. 

"Saya terkejut bagaimana Guan Eng boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia bercanggah dengan enakmen dan fatwa yang ditetapkan (di peringkat kerajaan pusat).

"Sebagai Ketua Menteri beliau mesti pertahankan undang-undang yang ada di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.

Lim dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat sebagai berkata bahawa bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah. 

Menurutnya, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Artikel Sebelum

JPN Nafi Keperluan Tukar MyKad

Artikel Lain