suria

Boris Johnson Mudah Mesra Dengan 'Keindahan Kuala Lumpur'

Datuk Bandar London, Boris Johnson, ditemani Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (dua, kiri),Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd Tan Sri Liew Kee Sin (kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi British ke British Malaysia Victoria Treadell (kanan), berbasikal dari stesen LRT Abdullah Hukum ke Pusat Antarabangsa Setia selepas melawat bandar Kuala Lumpur. -foto AZMAN GHANI/The Star
KUALA LUMPUR: Terkenal dengan rambut perangnya dan kenyataan-kenyataannya yang menjadi tajuk menarik akhbar, Datuk Bandar London Boris Johnson tidak lupa untuk membawa sedikit-sebanyak 'trademark' beliau itu ke Kuala Lumpur.

Bersemangat untuk berbasikal, Johnson, yang dalam rangka lawatan tiga hari di sini, sempat mengayuh basikal selama 10 minit dari stesen LRT Abdullah Hukum ke Pusat Antarabangsa Setia di mana beliau menarik perhatian pengunjung dengan bertutur dalam bahasa Melayu.

Memperkenalkan dirinya dan menyatakan pandangan beliau mengenai bandar ini, Johnson berkata: "Saya Datuk Bandar London, Kuala Lumpur sangat cantik!."


Beliau yang terdahulu, berjalan kaki menjelajah bandar sebelum mencuba sarapan nasi lemak, chee cheong fun dan mee rebus, memuji Kuala Lumpur terhadap keyakinannya yang bakal memberikan bandar itu sebagai sebuah bandar yang berpotensi untuk melakukan tranformasi.


Menyedari kepelbagaian kaum dan budaya di Kuala Lumpur, Johnson memberitahu bahawa beliau juga bukanlah benar-benar berdarah British kerana mempunyai darah campuran Turki daripada datuknya.


"Kebanyakan orang akan berkata saya bercakap dengan loghat Inggeris yang agak meyakinkan," katanya, diikuti ketawa dan tepukan daripada penonton.

Johnson berkata beliau kagum dengan perhubungan di antara Kuala Lumpur ke rantau Asia selepas mengambil penerbangan AirAsia dari Jakarta ke Kuala Lumpur.


Untuk meningkatkan lagi hubungan di antara KL-London, beliau mencadangkan lebih banyak penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan London dan berharap kerajaan British boleh memudahkan pemprosesan permohonan visa pelajar Malaysia.

Johnson juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur acara SP Setia Bhd yang telah melabur dalam projek Stesen Janakuasa Battersea, bersama-sama dengan rakan kongsi konsortium Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Menyedari sejarah Kuala Lumpur sebagai tempat pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Johnson berkata pelaburan Malaysia dalam pembangunan di London telah mencipta pertemuan yang sama antara kedua-dua bandar-bandar.

"Selama lebih 40 tahun, terdapat keraguan sama ada Battersea boleh dibangunkan semula dan sekarang semuanya sedang bergerak ke hadapan," kata bekas wartawan yang berusia 50 tahun itu dan ahli politik Parti Konservatif, yang memenangi pilihan raya di London pada tahun 2008.

Beliau kemudian mengambil soalan daripada peserta, dengan Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications (M) Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai bertanya bagaimana sesebuah bandar itu yang dapat mengekalkan identiti negaranya di tengah-tengah kemasukan warga asing yang tinggi, satu keadaan yang berlaku di London dan Kuala Lumpur.

Johnson berkata semua bandar besar berdepan cabaran tersebut, dan berkata 40 peratus daripada penduduk London pada masa kini lahir di luar Britain.

Untuk mengekalkan identiti British di London, Johnson berkata adalah penting bagi pelajar untuk terus belajar dan bertutur bahasa Inggeris dan mempunyai pengetahuan dan kebanggaan tentang sejarah negara.

Artikel Sebelum

Pemohon BR1M Serbu Pejabat LHDN

Artikel Lain