Pemohon BR1M Serbu Pejabat LHDN - Semasa | mStar

Pemohon BR1M Serbu Pejabat LHDN

Berduyun-duyun orang berdiri dalam barisan di luar pejabat LHDN di Beach Street, George Town.
PETALING JAYA: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara penuh sesak dengan orang ramai yang tidak sabar untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaik sahaja borang bantuan tunai itu mula diagihkan.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslin berkata pejabat LHDN seluruh negara telah membuka kaunter khas untuk memberi perkhidmatan kepada pemohon BR1M.

"Ia merupakan perkara biasa apabila pejabat kami sesak seperti ini pada hari pertama setiap bulan dan kami bersedia untuk melayan mereka. Namun, kami menggalakkan pemohon BR1M menggunakan sistem permohonan secara dalam talian, " katanya.

Di Taiping, Perak, orang ramai beratur seawal jam 7.30 pagi, menyaksikan barisan di sepanjang jalan di luar dan sekitar bangunan pejabat LHDN, manakala di Kota Baru, kaunter khas telah dibuka di hadapan bangunan pejabat.

Barisan panjang juga dilihat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Perlis dan Kedah. 

Mengenai jumlah kaunter khas untuk BR1M, Masrun berkata terdapat kira-kira 10 hingga 20 kaunter khas di setiap cawangan, bergantung kepada bilangan pemohon yang dijangka.

Permohonan untuk BR1M akan dibuka sehingga 31 Disember dan borang-borang boleh dikembalikan ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil, UTC atau pejabat-pejabat daerah.

Bagaimanpun, Masrun, amat mengesyorkan agar pemohon masuk ke portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri di https/: ebr1m.hasil.gov.my untuk proses permohonan yang lebih mudah.

BR1M akan dibayar tiga kali setahun bagi penerima isi rumah, dan hanya sekali untuk penerima individu. Bagi individu yang mempunyai pendapatan di bawah RM2000, RM350 akan dibayar bermula 28 Januari 2015.

Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM300 akan diberikan pada 28 Januari, RM300 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.

Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,001 ke RM4,000, pembayaran pertama sebanyak RM200 akan dibuat pada pada 28 Januari, RM200 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.

Di George Town, orang ramai tiba beramai-ramai untuk menyerahkan borang BR1M mereka di pejabat LHDN di Dewan Perniagaan Melayu.

Barisan sepanjang 100m panjang menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana di situ terdapat kenderaan  yang menurunkan dan mengambil penumpang di Beach Street.

Beberapa pegawai LHDN berada di sekitar kawasan, mengedarkan borang dan melayan pertanyaan.

Pemohon kali pertama Chong Kooi Gek, 82, yang datang dengan rakannya Goh Siew Khim, 60, berkata: "Oleh kerana anak perempuan saya sedang bercuti, saya datang dengan segera untuk menyelesaikan dokumen. Lebih awal adalah lebih baik.

"Kawan saya datang bersama-sama kerana ini adalah kali pertama dia memohon dan dia tidak pasti bagaimana untuk melakukannya."
LHDN , BR1M , Masrun Maslin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain